Sabtu, 18 Oktober 2014

Tone Excel WOW.


JOM KENALI SIMKAD TUNE TALK TONE EXCEL :)

BANYAK BENEFITNYAAA.
ATTENTION PLEASE
===============
Ini adalah perkongsian dan jawapan jika anda bertemu dengan mereka yg mengatakan toneexcel ini satu penipuan -->>
Rakan tuan/puan tadi sebenarnya tidak tahu bahawa:
01) TuneTalk adalah pemegang lesen MVNO (Mobile Virtual Network Operator) oleh SKMM dengan menggunakan spektrum 0111 dan 010 dari talian Celcom.
02) ToneExcel adalah produk yg dibangunkan secara CoBrand antara ToneGroup dan TuneTalk yg mana ToneGroup adalah pemegang hak memasarkan produk TuneTone atas pelan prabayar ToneExcel WOW dan Pelan prabayar TonePLUS.
03) Kita tidak memerlukan lesen MLM kerana ini adalah perkhidmatan dan bukannya produk fizikal. Pembayaran komisyen adalah berdasarkan sistem pengedaran yg sama dengan apa yg dilakukan oleh semua Telco di Malaysia. Iaitu melalui Master Dealer, Dealer dan agen. Cumanya, lantikan master dealer ini diberikan kepada pengguna tidak ekslusif kepada kumpulan tertentu.
04) Sekiranya ToneExcel adalah satu penipuan, Kad prabayar ini tidak mungkin akan diaktifkan dan anda tidak akan dapat membuat sebarang panggilan kerana setiap nombor yg aktif akan dikenakan caj oleh SKMM.
a. Pakej para bayar ToneExcel Wow ini adalah kepunyaan TuneTalk. Buka ToneExcel. Sila suruh mereka semak dengan membuat satu panggilan kemana-mana no ToneExcel. Sekiranya berjaya menghubungi maknanya, nombor tadi wujud dalam sistem.
b. Tanya rakan anda, apakah dia kenal dengan XOX, 1XOX, Happy, Tron, MobileMe, SmartPinoy, merchant Trande dan Clikster? Ini adalah contoh pakej atau pelan prabayar yg dibangunkan oleh MVNO atas sokongan Mobile Network Operator (MNO) seperti celcom, maxis dan DiGi. Dan katakan juga pelan prabayar Altel adalah juga satu konsep MVNO dari celcom kerana Altel tidak mempunyai lesen 2G dan 3G. Yg Altel ada hanyalah lesen 4G.
Untuk yang masih meragui bisnes Tone Excel, sila baca… Tapi yang lebih penting, sila ambil tindakan dan sertai sebab peluang ini mungkin sukar ditemui lagi selepas ini... melainkan anda ada RM1 juta untuk jadi dealer kepada telco, dan itu pun kena bersaing dengan dealer lain. Dengan Tone Excel, modalnya cuma RM90…

TUNE TALK TONE EXCEL BUKAN MLM OKAY :)

ADAKAH TUNE TALK TONE EXCEL INI MLM ??

Adakah anda tahu cara MLM berniaga?Cara MLM berniaga adalah pertama anda perlu membuat pinjaman beribu-ribu ringgit dengan pihak bank dan membeli barang barang syarikat tersebut.kemudian anda harus mencapai target dalam menjual barangan syarikat tersebut,jika anda tidak mencapai target tersebut,anda tidak akan diberikan komisyen pada bulan tersebut,tapi hutang bank anda tetap kena bayar kan?dan anda wajib untuk mencari orang bawah kan?
Contoh jika anda masuk hospital dan anda tidak dapat mencapat target pada bulan ini,anda tidak akan dapat sebarang komisyen dari syarikat tetapi anda masih perlu membayar hutang bank.Kan?

BAGAIMANA PULA CARA TUNE TALK TONE EXCEL ?

Anda tahu bagaimana pula cara kami Tune talk Tone excel berniaga?Sebenarnya jika kita anggap Tune talk tone excel sebagai perniagaan maka,ia akan jadi perniagaan peribadi kita,jika hanya menganggap ini sebagai line untuk penggunaan harian kita,maka silakan.Tune talk Tone excel tidak memerlukan anda untuk membuat pinjaman dengan pihak bank.Anda hanya perlu menukarkan simkad anda sahaja.Anda tidak perlu mencapai apa apa target,dan anda tetap dibayar komisyen walaupun tiada sesiapa dibawah anda,bila anda topup untuk diri anda sendiri,anda tetap dapat komisyen,terpulang pada anda jika anda ingin share perkara ini pada orang lain,jika share pada orang lain,lagi banyak komisyen anda.jika tidak,guna sendiri pon dapat duit.
Tak logik kan?Sebab itu kami panggil program ini referral program,siapa usaha lebih,dapat lebih.Tetapi bisnes mana yang tidak perlukan usaha?Tak usaha tak dapatlah leih kan?
Contoh yang sama saya berikan,income saya dengan Tune talk tone excel setiap bulan adalah rm20000,dan ditakdikan Allah bulan ini saya sakit.maka adakah income saya akan masuk seperti biasa?Jawapannya Ya,Kenapa?Sebab yang sakitnya saya,kawan kawan saya yang menggunakan tune talk Tone excel ini tidak sakit,mereka mempunyai handphone,maka sudah tentu mereka akan topup dan sudh tentu juga mereka ingin menjadi seperti saya jadi mereka akan berusaha untuk menjadi seperti saya.Yang paling best,tak payah bayar hutang bank.Kenapa?sebab modal kita tidak sampai rm100 SEUMUR HIDUP.


SO, TUNGGU APA LAGI?
JOMLAA BERTUKAR PADA SIMKAD AJAIB NIEE :)








BERMINAT? JOM WASSAP SAYA KE 0132051252.
JANGAN LEPASKAN PELUANG NIEE YEE?
RAMAI DAH BERJAYA, ANDA BILA LAGI?

Isnin, 25 Ogos 2014

ANDAI DAPAT UNDURKAN MASA, AKAN AKU GUNAKAN MASA ITU SEBAIKNYA.

ANDAI DAPAT UNDURKAN MASA?
tapi ianyaa tak mungkin berlaku. tapi sebaliknyaa, akan terus ke depan dan ke depan. 
dunia semakin tua, tapi kita? bersiap sediakah? Allah. :'(

semua orang kalau boleh nak undurkan masa, tapi ia takkan berlaku. saya sendiri kalau boleh nak masa itu diundurkan. tapi kita tidak punya kuasa apa-apa. kenapa nak undurkan masa? sebab dengan masa lalu tuu, terlalu banyak masa yang kita buang. masa yang seperti emas itu, kita tak gunakan sepenuhnyaa. sudahnya, apa yang terjadi kelak. nak menyesal pun tak guna rasanya. nangis macam mana sekalipun, takkan boleh diundurkan masa. 

kalau dapat undurkan masa, apa yang bakal aku lakukan? 
selama aku bergelar pelajar, apakah aku gunakan masa itu untuk belajar? UPSR,PSRA, PMR, SPM, STPM. aku akui, aku banyak buang masa, aku gunakan masa aku untuk belajar tuu dengan berfoya-foya. Allah. mungkin andai dapat diundurkan masa akan aku gunakan masa sebaiknya untuk mengulangkaji, dengan membuat latihan, dengan menimba ilmu akademik dan akhirat, meningkatkan amal ibadat. tapi ianya tak mungkin berlaku.
serius, aku menyesal dengan zaman itu. tapi aku tak mampu ntuk berbuat apa-apa.tapi, apa yang aku mampi, masa laluku itu adalah pengajaran buatku. 

mungkin selama nie aku gagal dalam pelajaran, tapi akan aku buktikan kelak aku juga boleh berjaya seperti kawan-kawan lain. even bukan bidang akademik, even aku tak dapat menjejakkan kaki ke menara gading, akan aku buktikan satu hari nanti.

siapa tak jelous bila tengok kawan kawan kita, kwn yang rapat dengan kita dapat U. serius, aku bangga dengan dorang. sebab dorang berusaha dapatkan apa yang dorang nak. aku sendiri berusaha, tapi mungkin tak cukup kuat and sebab aku banyak buang masa and belum masanya lagi, aku redha, mungkin berpunca dari kesalahan aku sendiri. takpee :) smile n move on.

masa dulu, tak mungkin and takkan dapat diundurkan. terus move on and look forward. masa lalu jadikan pengajaran and teladan, mana yang baik kita ikut, mana yang baruk kita tinggalkan.
Allah dah rencanakan sisa hayat kita. takpe, ade hikmahnya. 
dengan masa dulu, mengajar aku kuat, mengajar aku erti mana baik dan mana buruk, dengan masa lalu ajar aku untuk terus berusaha dan jadikan ianya sebuah teladan. 


INGAT! KEGAGALAN TAK SELAMANYA MILIK KITA!
TERUSKAN USAHA UNTUK DAPATKAN APA YANG KITA NAK!
LA TAHZAN, ALLAH SELALU BERSAMA KITA.

Khamis, 3 Julai 2014

IBI PROGRAME IS THE BEST ! :)

Bismillahirrahamanirrahim. 
Alhamdulillah, setelah 2 bulan menyepi, kini tiba saatnya untuk aku tulis semula. 

teringat2 bulan lepas, anis menjejakkan kaki ku buat pertama kalinya di negeri orang. buat pertama kalinya anis tinggalkan negeri tercinta ku, Selangor Darul Ehsan. dan buat pertama kalinya, anis jauh dari keluarga. anis datang sana, tanpa seorang kawan, mahupun kenalan. bila cek handbook, ade classmate masa form 6. Alhamdulillah, gembira :) heee. tapi, tak sekelas, tak satu kumpulan dan tak satu bilik. dalam hati aku kata " takpa, Allah nak anis sesuai kan diri anis kat tempat baru, cari kawan baru. " Alhamdulillah, balik je family hantar anis, anis kenal kenal dengan budak bilik dulu. 
4 orang dari negeri johor, Izzah, aisyah, adila and jai. 4 orang dari kelantan, aini, kak qila, hani dan liza. 2 orang dari kedah, zila dan ira. sorang pahang, Huda. sorang penang, tasya and satu negeri dgn anis, ecah :)

masa memula masuk, Allah rasa 2 bulan tuu macam lama sangat jee. tapi bila dah rapat dengan budak bilik, dah sekepala, dah kenal perangai masing-masing, rasa sangat cepat masa berlalu. berkongsi suka duka bersama, makan bersama, bercerita bersama, segalanya bersama. sebab kami adalah satu family. Alhamdulillah. saat ada diantara yang tidak sihat, mereka ambil peduli, ingatkan suruh makan ubat, suruh makan nasi. saat diantara kami ada masalah, mereka semua sedia sudi mendengar. sangat sangat terharu dengan keprihatinan mereka. Alhamdulillah. roomate anis semuanya sangat sangat baik dah suka mengingatkan antara satu sama lain. 
2 bulan perkenalan kita, persahabatan kita seolah olah dah bertahun tahun kita bersama. 

bukan sahaja dengan roomate, tapi dengan group choral speaking, group drama, group dikir barat. semuanya sangat spoting. Alhamdulillah, mentor kami pun sangat spoting, dan masuk dengan perangai kami. :) dan tak lupe, budak kelas and kawan kawan lain.

masa mula-mula buat persedian untuk choral speaking, masing-masing malu lagi. tapi lama-lama Alhamdulillah, semuanya okay. buat pertama kalinya, kami kena buat persembahan depan khalayak, memang menggigil, takut, ketaq lutut. tapi bila dah habis, fuhhh lega. even tak berjaya dapat num, tapi kami gembira sebab dapat buat yang terbaik depan khalayak and dapat satu pengalaman baru yang tak penah kami buat sebelum nie.  FAVARITO is the best group :) habis jee choral speaking, kami terpaksa berpisah untuk concert 2. concert 2 is drama. grup drama pun, Alhamdulillah mereka spoting. and dapat taju y mmg sweet + romantik pulak. title of my grup drama is Cinderella.hee, dapat watak narrator ala ala witch. nampak easy, tapi dalam cerita kami, narrator yang memainkan peranan. tak sangka sugak, dapat buat. untuk pertama kalinya join dram, waa so awesome ! mmg romantic kot cerita kami, yang jadi witch pun kena menari. :) Alhamdulillah, dapat num 2. sat lg pengalaman baru yang tak pernah anis buat sebelum nie. then, concer 4. dikir barat. dikir barat version BI. mmg susah, tapi sgt sgt fun. concert 4, dengan group FAVARITO n HALLISWELL.

apa yang kami dapat dari kursus ni, ialah pengalaman baru, benda baru yang kami pelajari. memang sangat sangat bernilai pengalaman kali ni.

dalam kelas pulak, tak rapat sangat dengan semua budak kelas. tapi bertegur laa. 2 bulan dalam kelas, dapat lectrure dari nigeria. perghh, teringat masa mula mula kelas, sir masuk tak faham apa pun yang die cakap, dengan slank die yang berbeza dengan kita. memasing senyap jee.tapi bila dah lama sikit, Alhamdulillah sir okay even kdg tak paham, and enjoy lama lama tu. kalau dulu, nak cakap bi tunggang langgang malu, tp nie bedal jee even dlm kelas anis jenis yang senyap. sir selalu cakap " u should try speak english to improve ur bi " lebih kurang macam tuu laa. even dah habis punn, sir suruh try jugak. Alhamdulillah, boleh laa jugak sikit sikit. :) bila dekat habis kelas, semua spoting lagi time berselfie termasuk sir sekali join kami. lagi hari last kelas, sir belajar bm dengan kami. bukan bm je, kedah, jawa pun ade sekali. spoting habis :)

hari yang ditunggu-tunggu, telah tiba saatnya. 25.06.2014 adalah hari terakhir iaitu closing ceremony. 
memula seronok tengok dikir barat, gelak gelak. tapi bila start ABAH berucap, perasaan sebak dah mengahntui dir. tewas akhirnya bila nyanyi lagu One Moment In time. hmmm, dengan mudah + laju air mata anis mengalir saat tuu. sebab anis sangat takut dengan perpisahan. lagi berpisah dengan roomate anis yang tak stay, rapat dengan die pulak tuu, tido sebelah katil, makan sama-sama, ambik air sama, kdg tunggu die, die tunggu anis. hmm, sedih. serius tak dapat nak kawal perasaan time tuu. 

especially buat Izzah Amanina syg, kami berharap Izzah stay dengan kami. sebab 2 bulan bersama izzah, sanga singkat masanya syg. segalanya kita harungi bersama. kami akan rindu suara manja izzah, akan rindu nak kenakan izzah akan rindu segala semua bersama izzah. tapi, kalau izzah dapat U, anis harap izzah tak lupa dekat kami, selalu ingat kami dalam doa izzah. kami bukan sesiapa untuk paksa izzah. jaga diri syg, jaga iman, jaga hati, jaga pandangan, jaga solat, jaga aurat. we love you syg.

kami akan merinduimu :)

tak lupa buat ABAH, AYAH, MISS JUSS, ABANG HANIF yang banyak membantu kami dalam program nie. rasa bertuah sangat sebab terpilih untuk mengikuti kursus nie banyak benda baru yang kami pelajari. especially ABAH, yang banyak membantu dari segi kewangan dan moral support. kami tidak mampu membalas, sebaliknya mampu mendoakan je agar rezeki abah terus bertambah. TQ atas segalanya abah. In syaa Allah, panjang umur kita bakal bersua lagi. 

KURSUS INTENSIF BAHASA INGGERIS MEMANG TERBAIK ! :)








Isnin, 21 April 2014

6 AK 1 dalam kenangan :)

2012/2013. form 6 tinggal kenangan :) 
rindu, nak cerita pasal kami hari nie, yang macam macam perangai. kami semua macam 1 family. dapat guru kelas yang sporting, muka garang org kata, takut nak belajar dgn ibu kami, hehe. tapi sebaliknya, ibu kami sangat sangat baik :) 





ha, nie jejaka idaman malaya kelas kami. ada lagi 2 orang, tapi gambar dorang takde. y depan sekali tuu, shauqi, banyak idea yang die bg nak bagi kelas kami dapt juara tiap minggu. Alhamdulillah, berjaya meraih tempat pertama hampir setiap minggu :) mulut die nie, boleh tahan bising, kalau tak dtg sunyi jee kelas tuu. y lagi sorg tu, jijie. tak tau nak cakap apa pasal die, sebab die baik. tapi, kalau ade pen orang hilang, tgok dekat bekas pensil die, kadang ada. haha. y belakang tuu pulak, kudus. pendiam orgnya tuu, tapi berisi. haha, dalam kelas tido. ishh, sampai cikgu naik pening. lagi 2 orang budak laki, sorang hafiz and navin. navin nie rajin orgnya. sem 1 n sem 2 die die asyik drop je, tapi disebabkan die rajin, akhirnya die berjaya jugak. tahniah navin ! :)



nie, farhanna and afifah. dorang rapat dari form 5. kalau sehari tak dengar suara dorang melawak, senyap jee kelas tuu. takde laa yang kena pangkah kee apa. mmg sunyi, tapi kalau dah dgr farhanna tu gelak, perghh jgn cakap riuh satu kelas.


nie peserta kumpulan apa nie? hee, y depan tu hafiza. ketua kelas kami. kwn baik masa sekolah rendah, Alhamdulillah Allah bagi kita bersama balik. hee, seorang yang tegsa. comel kan die? minat sangat dekat korea nie. sebelah die tuu, lisda. otai itu budak. hee, aktif sukan jangan cakap laa. ganas sikit die nie. lepas tuu, syafiza. alahai, lembut orgnya nie. tapi dah marah jangan diganggu. lepas tu, hasanah. hee, tak tahu nak ckp mcm ne die nie. tapi sporting orgnya. then tuu jannah, jannah nie nampak pendiam orgnya tapi kalau die dah bersuara jangan terkejut. baik hati senanya. laa, fana lagi. hee, sebelah die tuu syirin, selalu kena dengan fana nie. lawak bila ingat balik, haha. then hujung tuu hajar. mereka semua spoting tau! sgt sgt spoting :)

nie si kecik kelas kami, tapi comel. hehe, berbadan kecil berhati baik. nama die raifa. marah betul kalau ade orang salah eja nama die.



hah yang nie agak panjang kot berceloteh. hee, sebelah tuu nuri. y sebelah tu fanis(saya). nuri nie kawan yang duk sebelah saya. selalu kena pukul, kena cubit, dengan die nie. tapi die nie baik. suka marah kalau saya malas, kalau nak tidor masa cikgu ajar pun die marah, lg kalau time muet. hee, die nie rajin tak macam kita. finally die dpt apa yang die nak. tahniah yunk !
nie kami berempat! sentiasa bersama, ea? hee, masa nie jamuan untuk kami pelajar 6 atas. suka jee bila dapat makan :)

 masa nie nak g makan kfc kan. hee. akhirnya dapat jugak. kelas kita menang brp kali berturut turut, Alhamdulillah. tak dpt pergi i-city, dpt kfc pun okay lahh :) happy je kalau bab makan .



dengan sabar menunggu KFC, hee. jumpe kamera macam nie la kami. senyum selalu.



nie antara guru guru kami yang banyak membantu kami. cikgu baju kuning yang lelaki tuu PK HEM sekolah kami dulu. yang perempuan tu, cikgu PK sesi petang. pernah ajar saya masa form 1 dulu, geografi :) y lain tuu cikgu cikgu f6 :) tq cikgu ! rinduuu ~


rasanya, sampai sini dulu. kalau tak , denga korang nie tak pernah habis nak cerita pasal korang. sebelum tu, di kesempatan nie, fanis nak mohon jutaan kemaafan dekat kawan kawan. kalau ade banyak sangat salah dan silap, mmg ade rasanya lg y terasa hati :) mintak dihalalkan segalanya kot kot ade terambil apa tanpa izin. wish korang semua berjaya, dah masuk U or memana jee. jgn lupe aku! nanti kita wat reunion, bwk suami and anak anak masing tau, kita tengok anak sapa ramai. hehe. sayang and rindu korang sangat sangat.

dekat kawan kawan 6 AK 2 pun sama, segala salah silap harap dimaafkan. dan halalkan apa yang patut. hee,

dekat cikgu cikgu, anis mohon ampun sgt sgt, halalkan segala ilmu yang cikgu curahkan dan segalanya. jasa cikgu semua akan anis kenang selalu. semoga cikgu semua terus bahagia and sihat selalu :)



Form 6 terbaik, semua tinggal kenangan :)
Ingat daku dalam doa kalian.