Bismillahirrahamanirrahim.
Alhamdulillah, setelah 2 bulan menyepi, kini tiba saatnya untuk aku tulis semula.
teringat2 bulan lepas, anis menjejakkan kaki ku buat pertama kalinya di negeri orang. buat pertama kalinya anis tinggalkan negeri tercinta ku, Selangor Darul Ehsan. dan buat pertama kalinya, anis jauh dari keluarga. anis datang sana, tanpa seorang kawan, mahupun kenalan. bila cek handbook, ade classmate masa form 6. Alhamdulillah, gembira :) heee. tapi, tak sekelas, tak satu kumpulan dan tak satu bilik. dalam hati aku kata " takpa, Allah nak anis sesuai kan diri anis kat tempat baru, cari kawan baru. " Alhamdulillah, balik je family hantar anis, anis kenal kenal dengan budak bilik dulu.
4 orang dari negeri johor, Izzah, aisyah, adila and jai. 4 orang dari kelantan, aini, kak qila, hani dan liza. 2 orang dari kedah, zila dan ira. sorang pahang, Huda. sorang penang, tasya and satu negeri dgn anis, ecah :)
masa memula masuk, Allah rasa 2 bulan tuu macam lama sangat jee. tapi bila dah rapat dengan budak bilik, dah sekepala, dah kenal perangai masing-masing, rasa sangat cepat masa berlalu. berkongsi suka duka bersama, makan bersama, bercerita bersama, segalanya bersama. sebab kami adalah satu family. Alhamdulillah. saat ada diantara yang tidak sihat, mereka ambil peduli, ingatkan suruh makan ubat, suruh makan nasi. saat diantara kami ada masalah, mereka semua sedia sudi mendengar. sangat sangat terharu dengan keprihatinan mereka. Alhamdulillah. roomate anis semuanya sangat sangat baik dah suka mengingatkan antara satu sama lain.
2 bulan perkenalan kita, persahabatan kita seolah olah dah bertahun tahun kita bersama.
bukan sahaja dengan roomate, tapi dengan group choral speaking, group drama, group dikir barat. semuanya sangat spoting. Alhamdulillah, mentor kami pun sangat spoting, dan masuk dengan perangai kami. :) dan tak lupe, budak kelas and kawan kawan lain.
masa mula-mula buat persedian untuk choral speaking, masing-masing malu lagi. tapi lama-lama Alhamdulillah, semuanya okay. buat pertama kalinya, kami kena buat persembahan depan khalayak, memang menggigil, takut, ketaq lutut. tapi bila dah habis, fuhhh lega. even tak berjaya dapat num, tapi kami gembira sebab dapat buat yang terbaik depan khalayak and dapat satu pengalaman baru yang tak penah kami buat sebelum nie. FAVARITO is the best group :) habis jee choral speaking, kami terpaksa berpisah untuk concert 2. concert 2 is drama. grup drama pun, Alhamdulillah mereka spoting. and dapat taju y mmg sweet + romantik pulak. title of my grup drama is Cinderella.hee, dapat watak narrator ala ala witch. nampak easy, tapi dalam cerita kami, narrator yang memainkan peranan. tak sangka sugak, dapat buat. untuk pertama kalinya join dram, waa so awesome ! mmg romantic kot cerita kami, yang jadi witch pun kena menari. :) Alhamdulillah, dapat num 2. sat lg pengalaman baru yang tak pernah anis buat sebelum nie. then, concer 4. dikir barat. dikir barat version BI. mmg susah, tapi sgt sgt fun. concert 4, dengan group FAVARITO n HALLISWELL.
apa yang kami dapat dari kursus ni, ialah pengalaman baru, benda baru yang kami pelajari. memang sangat sangat bernilai pengalaman kali ni.
dalam kelas pulak, tak rapat sangat dengan semua budak kelas. tapi bertegur laa. 2 bulan dalam kelas, dapat lectrure dari nigeria. perghh, teringat masa mula mula kelas, sir masuk tak faham apa pun yang die cakap, dengan slank die yang berbeza dengan kita. memasing senyap jee.tapi bila dah lama sikit, Alhamdulillah sir okay even kdg tak paham, and enjoy lama lama tu. kalau dulu, nak cakap bi tunggang langgang malu, tp nie bedal jee even dlm kelas anis jenis yang senyap. sir selalu cakap " u should try speak english to improve ur bi " lebih kurang macam tuu laa. even dah habis punn, sir suruh try jugak. Alhamdulillah, boleh laa jugak sikit sikit. :) bila dekat habis kelas, semua spoting lagi time berselfie termasuk sir sekali join kami. lagi hari last kelas, sir belajar bm dengan kami. bukan bm je, kedah, jawa pun ade sekali. spoting habis :)
hari yang ditunggu-tunggu, telah tiba saatnya. 25.06.2014 adalah hari terakhir iaitu closing ceremony.
memula seronok tengok dikir barat, gelak gelak. tapi bila start ABAH berucap, perasaan sebak dah mengahntui dir. tewas akhirnya bila nyanyi lagu One Moment In time. hmmm, dengan mudah + laju air mata anis mengalir saat tuu. sebab anis sangat takut dengan perpisahan. lagi berpisah dengan roomate anis yang tak stay, rapat dengan die pulak tuu, tido sebelah katil, makan sama-sama, ambik air sama, kdg tunggu die, die tunggu anis. hmm, sedih. serius tak dapat nak kawal perasaan time tuu.
especially buat Izzah Amanina syg, kami berharap Izzah stay dengan kami. sebab 2 bulan bersama izzah, sanga singkat masanya syg. segalanya kita harungi bersama. kami akan rindu suara manja izzah, akan rindu nak kenakan izzah akan rindu segala semua bersama izzah. tapi, kalau izzah dapat U, anis harap izzah tak lupa dekat kami, selalu ingat kami dalam doa izzah. kami bukan sesiapa untuk paksa izzah. jaga diri syg, jaga iman, jaga hati, jaga pandangan, jaga solat, jaga aurat. we love you syg.
kami akan merinduimu :)
tak lupa buat ABAH, AYAH, MISS JUSS, ABANG HANIF yang banyak membantu kami dalam program nie. rasa bertuah sangat sebab terpilih untuk mengikuti kursus nie banyak benda baru yang kami pelajari. especially ABAH, yang banyak membantu dari segi kewangan dan moral support. kami tidak mampu membalas, sebaliknya mampu mendoakan je agar rezeki abah terus bertambah. TQ atas segalanya abah. In syaa Allah, panjang umur kita bakal bersua lagi.
KURSUS INTENSIF BAHASA INGGERIS MEMANG TERBAIK ! :)